BAB 3:SISTEM EJAAN DAN SEBUTAN BAKU BAHASA MELAYU

                                                 BAB 3 SISTEM EJAAN DAN BAHASA BAKU


PENGENALAN;

-Bahasa melayu baku ialah bahasa melayu yang sempurna digunakan dari aspek-aspek bahasanya    iaitu bahasa betul ejaan,tatabahasa,istilah,penggunaan kata,laras bahasa dan sebutannya.
-Terdapat 26 abjad yang digunakan dalam sistem tulisan.lima abjad ia terdiri daripada vokal a,e,i,o  dan u.
* Terdapat 1 variasi bagi fonem {e} iaitu e taling dan e pepet.
* Terdapat 3 diftong,iaitu {ai},{au},dan {oi}.fonem-fonem tersebut terkandung dalam
* perkataan Bahasa Melayu asli dan kata pinjaman.
        *Fonem-fonem diftong boleh di bahagian awal,tengah,ataupun akhir perkataan.



BUNYI DAN HURUF:

* Abjad-26 abjad

* Vokal -6 [a/e pepet/e taling/i/o/u]
* Konsonan – 21
* Digraf -5 [ kh, gh, ng,ny,sy]

POLA KESELARASAN VOKAL;


POLA KESELARASAN
CONTOH PERKATAAN
a - a
amal
baka
masak
a - i
masjid
balik
alih
a - u
barut
patut
datuk
e (pepet) - a
Sedar
jelas
emak
e (pepet) - i
betik
lentik
detik
e (pepet) - u
telur
belum
tebus
e (taling) - a
elak
ekar
helah
e (taling) - e
leleh
telek
remeh
e (taling) - e
esok
bengkok
cedok
I - a
Bilang
pinang
kilas
I – I
pilih
didih
sirih
I - u
tidur
hibur
hidup
O - a
otak
rosak
bosan



EJAAN  KATA PINJAMAN;

1-Penyesuaian  huruf-huruf konsonan tertentu.
-   cc-ks access menjadi akses.
-   x-ks express menjadi ekspress.

2-Pengguguran satu daripada gabungan huruf konsonan yang sama.
-   ff-f traffic menjadi trafik.

3-Penyesuaian huruf bagi gabungan dan huruf vokal.
-   oo-u boot menjadi but.

4-Pengekalan gugur konsonan dalam bahasa inggeris dengan penyesuaian.
-   block menjadi blok.
-   draft menjadi draf.

5-Huruf yang diucapkan sebagai [ j ] menurut sebutan BI ditulis sebagai [ g ]dan disebut sebagai [ g ] dalam BM.
-   generation  menjadi generasi.
-   agent menjadi agen.

6-Kata yang asalnya berakhir dengan -sion,-sional,-tion,-tional menjadi -si,-syen,-sional.
-   lotion menjadi losen;section menjadi seksyen.

7-Pengekalan kata yang berakhir dengan -ism.
-   nationalism menjadi nasionalisme.

8-Pengejaan kata pinjaman daripada bahasa Inggeris yang telah mantap.
-   pencil menjadi pensel.
-   action menjadi aksi.
-   dial menjadi dail.


PENULISAN KATA SENDI NAMA;

1-Kata sendi nama ialah perkataan yang hadir di hadapan frasa nama.

2-Kata sendi mempunyai tugas yang berlainan dan kehadiran dalam ayat sering disalahgunakan,antaranya ialah;-

 a)  kata sendi nama di

        -kata sendi nama di digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang                         menunjukkan tempat seperti;-

          -    di sekolah                                                   
          -    di jalan

         -tidak boleh menerangkan waktu,masa, atau zaman,contohnya;-

         1 -    Di pagi hari (salah)
            -    Pada pagi hari (betul)

         2 -    Di kurun ke-15 (salah)
            -    Pada kurun ke-15(betul)

         3 -    Di zaman itu (salah)
            -    Pada zaman itu (betul)

 b) Kata sendi nama ke

        -Kata sendi nama ke digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang                  menunjukkan tempat atau arah dan waktu atau masa.

       -Ke tidak boleh digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang                          menunjukkan manusia atau binatang.

        -contohnya;-


             - ke pihak polis (salah)

             -  kepada pihak polis (betul)

             -  Ke Ali (salah)

             -  kepada Ali (betul)

  c)  Kata sendi nama daripada

             -  Kata sendi nama daripada digunakan di hadapan kata nama atau frasa

                  nama yang menyatakan punca bagi manusiia,haiwan atau benda,asal 
                  kejadian dan sumber,atau unsur perbandingan.

             -contohnya;-

                   -Pemain sarkas itu menerima bola daripada beruangnya,
                        
                   - Sumbangan daripada kerajaan sudah diterima.
                      
                   - Lebih baik Ahmad daripada Ali.
           
           
PENGGUNAAN TANDA BACA.
  1. tanda baca noktah ( . )
  • berakhirnya sesuatu ayat
  • digunakan untuk menyatakan singkatan
  • contoh :- Hj. Y.B , Abd.
      2. tanda baca sempang (-)
  • sebagai tanda kata ganda 
  •  contoh:- rumah-rumah, berlari-lari,gunung-ganang.
      3.antara huruf kecil dengan huruf besar
  • huruf besar iaitu merujuk kepada tuhan atau nama khas.
  • tanda sempang ini digunakan untuk memisahkan huruf besar dgn huruf kecil.
  • contoh :- Hamba-mu,Rahmat-nya
     4.tanda seru (!)
  • tanda seru hadir di akhir ayat seruan 
  • salah sekiranya tanda seru diletakkan selepas kata seru.
  • contoh :- Wah!cantiknya baju itu. 
                         sepatutnya, wah,cantinya baju itu!
PENULISAN KATA GANTI NAMA SINGKAT

  • 4 singkatan kata ganti nama - kau,ku,mu,nya
            -contoh : kulihat,kusedari,kautulis,kausedari

PENULISAN PARTIKEL

4 Partikel : lah,kah,&tah ditulis serangkai dengan kata dasar yang mendahuluinya.
  • contoh : berilah,diakah manatah
partikel pun ditulis serangkai dengan perkataan yang telah ditentukan iaiti :-
  1.  adapun
  2. sekalipun
  3. walaupun
  4. lagipun dsb..
  APITAN KATA KERJA 
  • men-..-kan (membentuk kata kerja transitif aktif daripada semua gol kata dasar) membawa 3 makna iaitu :-
          -membuat sesuatu yang terkandung dalam kata dasar seperti menceritakan merundingkan.
  • membawa makna benefaktif @ manfaat seperti :-
  1. mencarikan = mencari untuk
  2. membawakan = membawa untuk
  • ber-..-kan (membentuk kata kerja transitif) akhiran -kan dalam apitan ini ialah kependekan kata sendi nama "akan" yang mewakili kata sendi nama yang lain seperti dengan pada dan tentang contohnya :
  1. berdasarkan bukti : berdasarkan pada hati
  2. bersenjatakan pistol : bersenjata dengan pistol
  • men-..-(membentuk kata kerja transitif aktif daripada kata-kata dasar dalam semua golongan dan membawa makna lokatif.)
        -akhiran -i boleh mewakili kata sendi nama di,pada,kepada,untuk,akan,terhadap dan daripada.
  • contohnya :-
  1. membanjiri : menjadi banjir di 
  2. memagari = menjadi pagar pada
  3. menghadiahi : memberikan hadiah kepada
  • di-..-i (merupakan bentuk pasif bagi men-..-i 
       contohnya:-
    1. menemui (aktif) : ditemui (pasif)
    2. memagari (aktif) :dipagari (pasif)
    3. menyakni (aktif) : diyakini (pasif)
    SISIPAN KATA NAMA 
    • Sisipan yang membentuk kata nama ialah -el -er -em
    • membawa maksud sesuatu yang mempunyai ciri-ciri yang terkandung dala  kata dasar contohnya :-
    1. kemumur : kelemumur
    2. kuncup : kemuncup
    SISIPAN KATA ADJEKTIF
    •  bentuk-bentuk sisipan kata adjektif ialah em,el,er,in contohnya :-
    1. guruh : gemuruh
    2. serak : selerak
    3. sambung : sinambung
    SISIPAN KATA KERJA 
    • berdasarkan bahasa melayu,tiada sisipan yang berlaku tetapi kata nama dan kata adjektif yang bersisipan boleh menjdai kata kerja melalui proses pengimbuhan contohnya :-
    1. kelupas : berkelupas
    2. keruping : berkeruping
    PENULISAN KATA GANDA
    • penulisan bagi perkataan kata ganda hendak menggunakan tanda sempang (-)
    1. daun-daun
    2. bergoyang-goyang
    3. gunung-ganang
    4. gotong-royong
    LATIHAN

    Kata Ganti Diri Pertama:
    Tunggal:
    Aku - digunakan apabila bercakap dengan kawan biasa atau dengan Tuhan.
    Contoh ayat:                                       
    Saya - digunakan apabila bercakap dengan seseorang yang baru dikenali atau dalam suasana rasmi.
    Contoh ayat:
    Hamba - digunakan pada diri sendiri pada zaman dahulu.
    Contoh ayat:
    Patik - digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja atau sultan.
    Contoh ayat:
    Beta - digunakan oleh raja atau sultan apabila bertitah kepada rakyat.
    Contoh ayat:
    Jamak:
    Kami - digunakan kepada diri orang yang berkata serta temannya apabila bercakap dengan orang kedua.
    Contoh ayat:
    Kita - digunakan kepada diri sendiri dan menyertakan diri orang kedua.
    Contoh ayat:
    KATA GANTI DIRI KEDUA:
    Anda - digunakan untuk diri orang kedua apabila tidak berhadapan dengan kita.
    Contoh ayat:
    Awak - digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita.
    Contoh ayat:
    Engkau - digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita dan dengan Tuhan juga.
    Contoh ayat:
    Tuanku - digunakan apabila bercakap dengan sultan dan raja.
    Contoh ayat:
    Kalian - digunakan untuk beberapa orang yang diajak bercakap.
    Contoh ayat:
    Kamu - digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita.
    Contoh ayat:
    KATA GANTI DIRI KETIGA:
    Tunggal:
    Baginda - digunakan untuk raja, sultan, atau nabi.
    Contoh ayat:
    Beliau - digunakan untuk tokoh dan orang yang kita hormati, misalnya ibu bapa, guru, dan pemimpin.
    Contoh ayat:
    Dia dan ia - digunakan untuk orang yang umum seperti orang biasa dan rakan.
    Contoh ayat:
    Jamak:
    Mereka - digunakan untuk orang yang bilangannya lebih daripada seorang.
    Contoh ayat:

     KATA KERJA TRANSITIF:
    Kata kerja transitif ialah kata kerja yang diikuti oleh objek daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya. Bijak mengurus masa contohnya ialah:
    ·        Halim melihat Adam.
    (Adam ialah objek yang dilihat oleh Halim)
    Kata Kerja Transitif Aktif
    Kata kerja transitif aktif ialah kata kerja yang mesti disertai oleh objek, iaitu kata nama dan ayatnya berbentuk aktif. Kata kerja transitif aktif menggunakan imbuhan men, men ...i, men ...kan, memper, memper...i, dan memper...kan.
    Kata Kerja Transitif Pasif
    Kata kerja transitif pasif ialah kata kerja yang disertai oleh objek, dan ayatnya berbentuk pasif. Kata kerja transitif pasif menggunakan imbuhan di.
    5 Ayat Kata Kerja Transtif:
    1.     Radio itu didengari Atan.
    2.     Burung itu ditangkap oleh seekor kucing.
    3.     Sayur itu dijual oleh Aminah.
    4.     Ikan itu dijaja oleh Pak Abu.
    5.     Surat itu ditulis oleh ayah.
    KATA KERJA TAK TRANSITIF:
    Kata kerja tak transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuat itu sendiri kepada diri pembuat itu sendiri, tidak kepada benda atau orang lain. Kata kerja ini tidak memerlukan penyambut. Kata kerja tak transitif terbahagi kepada dua iaitu kata kerja tak transitif berpelengkap dan kata kerja tak transitif tak berpelengkap.
    Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap
    Kata kerja ini memerlukan pelengkap. Pelengkap merupakan kata atau frasa yang melengkapkan ayat supaya tidak kelihatan tergantung dan bukannya satu objek (penyambut).
    Kata Kerja Tak Transitif Tak Berpelengkap
    Kata kerja ini tidak memerlukan penyambut mahupun pelengkap. Selalunya berada di hujung ayat.
    5 Ayat Kata Kerja Tak Transitif:
    1.     Kami mandi di sungai. (k.kerja tak transitif berpelengkap)
    2.     Dia senyum semasa berjalan. (k.kerja tak transitif berpelengkap)
    3.     Air sungai beransur surut. (k.kerja tak transitif berpelengkap)
    4.     Rumahnya roboh . (k.kerja tak transitif tak berpelengkap)
    5.     Radio itu berbunyi. (k.kerja tak transitif tak berpelengkap)

    Comments

    Popular Posts